hlGTP
 
hlGTP
 
 


 
 
Pilih bahasa:
Untuk ahli komuniti mySMS, sila Log Masuk di sini.   Log masuk dengan menggunakan no ahli atau no telefon
Ahad , 29 Jan 2012
Ahli mySMS akan menerima info perkhidmatan mySMS terkini & info penting seperti notifikasi tamat tempoh lesen memandu & tamat tempoh cukai jalan .
  PERKHIDMATAN TERKINI

Semakan Keputusan
STAM 2011



taip:
STAM [Angka Giliran]

SMS ke 15888
(Tarikh Dilancarkan : 26 Jan 12)

Semakan Kemasukan ke MRSM
bagi Tingkatan 1 dan 4



taip:
 MARA MRSM [AngkaGiliran]
SMS ke 15888
(Tarikh Dilancarkan : 20 Jan 12)

Semakan Status Tawaran
Ke KPLI j-QAF Ambilan Jan 2012



taip:
MOE JQAF [NoKP]

SMS ke 15888
(Tarikh Dilancarkan : 17 Jan 12)
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.
Perkhidmatan Lain >>
 
  BAHAN PROMOSI
Klik gambar untuk muat turun bahan promosi
Direktori mySMS (.pdf)
  Bahan Promosi Lain >>
   
  BULETIN TERKINI mySMS
Pameran mySMS di Karnival Jom Masuk 'U'

Karnival Jom Masuk 'U' yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan di Sultan Ahmad Shah Convention Centre di Kuantan, Pahang pada 14 hingga 15 Jan 2012. Karnival ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pasukan mySMS menyertai pameran kali ini bagi mempromosikan perkhidmatan SMS yang melibatkan golongan pelajar atau remaja seperti perkhidmatan Semakan Permohonan Kemasukan IPTA, Politeknik serta kolej Komuniti, Semakan Keputusan Peperiksaan STPM, SPM,PMR ,UPSR Semakan keputusan MUET, Semakan Status menyertai PLKN dan Semakan Penempatan Kem PLKN. Pelbagai aktiviti dan cenderamata menarik disediakan oleh booth-booth agensi Kerajaan Malaysia.
Buletin Lain >>
 
 

Gangguan Perkhidmatan Semakan PMR 2011

Kepada pengguna perkhidmatan mySMS 15888 yang dihormati sekelian, Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana telah menggunakan perkhidmatan mySMS 15888. Kepercayaan tuan/puan tersebut amat kami hargai. Selaku penyedia perkhidmatan, di sini kami ingin memohon maaf atas masalah yang dihadapi semasa tuan/puan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 terutamanya yang melibatkan perkhidmatan semakan keputusan PMR 2011 yang mula dibuka pada jam 10 pagi, 22 Disember 2011. Secara umumnya, masalah ini berpunca dari kegagalan firewall, peralatan rangkaian di Celcom sehingga menyebabkan berlakunya gangguan perkhidmatan mySMS 15888. Gangguan turut dialami oleh perkhidmatan SMS yang disediakan semua penyedia perkhidmatan SMS lain yang mempunyai hubungan rangkaian dengan Celcom. Dengan pemantauan dan usaha pembaikan yang berterusan oleh pihak kami dan Celcom, perkhidmatan mySMS 15888 telah kembali pulih bermula jam 12.30 am 23hb Disember 2011. Untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bantuan mySMS 15888 di 03-55692840 atau emel careline@15888.my. Sekian, terima kasih.

 

Gangguan Perkhidmatan PTPTN

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan SMS PTPTN sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Perkhidmatan yang akan mengalami gangguan adalah Semakan Baki Pinjaman PTPTN, Semakan No. Pin Peminjam PTPTN, Semakan Wang Pendahuluan PTPTN dan Semakan Senaraihitam Peminjam PTPTN. Bagi perkhidmatan mendapatkan alamat dan borang, kedua-duanya masih berjalan seperti biasa. Sekian, kesulitan amat dikesali.

 

Perhatian Kepada Pengguna MNP

Kepada pengguna telefon bimbit yang telah berdaftar sebagai ahli komuniti mySMS (Rakan mySMS) tetapi telah bertukar penyedia perkhidmatan dari satu syarikat telekomunikasi kepada syarikat telekomunikasi yang lain (MNP) dan belum menerima sebarang mesej dari mySMS, anda dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu mesej ke 15888 untuk mengemaskinikan data telefon bimbit anda dengan rakan mySMS. Ini membolehkan anda menerima maklumat terkini daripada kerajaan.
Contoh mesej adalah seperti berikut:
Taip Polis Saman [no kenderaan] SMS ke 15888.

 

Semak Info Pendaftaran mySMS

Anda boleh menyemak kembali info pendaftaran mySMS anda dengan menaip MYSMS SEMAK & SMS ke 15888. Anda perlu menggunakan nombor telefon yang sama ketika anda membuat pendaftaran dahulu.

 

Aduan Kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ajukan aduan anda kepada PERKESO melalui SMS dengan menaip PERKESO ADUAN [No KP] [Aduan anda] & SMS ke 15888.

 

Gangguan Perkhidmatan Semakan Cuti JPA

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan semakan baki Cuti Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengalami gangguan teknikal dan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Kesulitan adalah amat dikesali.

 

 
 SIMULASI 
Sila gunakan simulasi di bawah
untuk mencuba perkhidmatan
Gerbang SMS Kerajaan mySMS.
contoh:
MAMPU ALAMAT
*Simulasi ini hanya boleh digunakan
untuk semakan direktori agensi sahaja.
 KEAHLIAN TERKINI 
ID AhliNamaTarikh Daftar
AC63954MUNIRA829 Jan 12 11:52
AC63953ISMAIL329 Jan 12 11:50
AC63952SAPURA429 Jan 12 11:50
AC63951MOHD329 Jan 12 11:39
AC63950ABDUL129 Jan 12 11:25
AC63949RAZAK529 Jan 12 11:24
AC63948NADZIRAH529 Jan 12 11:24
AC63947WAN429 Jan 12 11:24
AC63946NORLELA729 Jan 12 11:24
AC63945SHARITAUDI29 Jan 12 11:24
Bil Keahlian hari ini : 60
Bil Keahlian semalam : 35
Bil Keahlian keseluruhan : 227649
  Syarat-Syarat  |  Dasar Privasi  |  Hak Cipta
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 2008

Hakcipta Terpelihara © 2012  oleh MAMPU, Pertanyaan : careline@15888.my, Careline: 03-55692840  

Penafian : Pihak mySMS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan keatas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini: 25 Jan 2012