Gangguan Perkhidmatan mySMS melibatkan pengguna MAXIS
Dimaklumkan bahawa, bermula jam 5 pagi Selasa 31.1.2011 terdapat gangguan perkhidmatan mySMS 15888 yang telah melibatkan pengguna-pengguna MAXIS. Pengumuman seterusnya akan dipaparkan apabila sistem mySMS kembali pulih seperti biasa. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Gerbang SMS Kerajaan di 03- 5569 2480 (24 jam). Segala kesulitan amat dikesali.
Gangguan Perkhidmatan PTPTN
Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan SMS PTPTN sedang mengalami gangguan teknikal buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Perkhidmatan yang akan mengalami gangguan adalah Semakan Baki Pinjaman PTPTN, Semakan No. Pin Peminjam PTPTN, Semakan Wang Pendahuluan PTPTN dan Semakan Senaraihitam Peminjam PTPTN. Bagi perkhidmatan mendapatkan alamat dan borang, kedua-duanya masih berjalan seperti biasa. Sekian, kesulitan amat dikesali.
Perhatian Kepada Pengguna MNP
Kepada pengguna telefon bimbit yang telah berdaftar sebagai ahli komuniti mySMS (Rakan mySMS) tetapi telah bertukar penyedia perkhidmatan dari satu syarikat telekomunikasi kepada syarikat telekomunikasi yang lain (MNP) dan belum menerima sebarang mesej dari mySMS, anda dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu mesej ke 15888 untuk mengemaskinikan data telefon bimbit anda dengan rakan mySMS. Ini membolehkan anda menerima maklumat terkini daripada kerajaan. Contoh mesej adalah seperti berikut: Taip Polis Saman [no kenderaan] SMS ke 15888.
Semak Info Pendaftaran mySMS
Anda boleh menyemak kembali info pendaftaran mySMS anda dengan menaip MYSMS SEMAK & SMS ke 15888. Anda perlu menggunakan nombor telefon yang sama ketika anda membuat pendaftaran dahulu.
Aduan Kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Ajukan aduan anda kepada PERKESO melalui SMS dengan menaip PERKESO ADUAN [No KP] [Aduan anda] & SMS ke 15888.
Gangguan Perkhidmatan Semakan Cuti JPA
Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan semakan baki Cuti Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengalami gangguan teknikal dan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Kesulitan adalah amat dikesali.